Ahlan wasahlan bulan keberkatan...

05.04 Edit This 0 Comments »

tak sabar rasanya nak berpuasa..setiap amalan yang kita lakukakan pada bulan ramadhan akan digandakan pahala..bukan mudah nak dapat peluang nie :) moga=moga bulan ramadhan pada tahun ini memberi makna yang mendapat pada diri kita dan memberi manfaat pada diri kita juga..tak sabar nak sembahyang terawih :) esok kot ikut ma pegi beli telekung baru hehe..okla ana berikan info-info tentang puasa..semoga kita bersedia menyambut bulan ramadhan..selamat menyambut bulan ramadhan :)

syarat-syarat puasa ada enam perkara..

>> Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad
>> Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz
>> Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa
>> Berniat tiap-tiap malam -ataupun niat puasa sebulan berterusan
>> Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa
>> Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa

perkara yang membatalkan puasa..

>> Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
>> Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja
>> Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa
>> bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani
>> Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya
>> Kedatangan haid atau nifas
>> Gila sekalipun hanya sekejap masa
>> Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari
>> Bersalin
>> Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan

perkara yang makruh kita berpuasa

>> Menggosok gigi selepas gelincir matahari
>> Merasa makanan-takut sampai ke rongga
>> Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan
>> Mencium atau mengkucup isteri
>> Banyak berkumur-kumur
>> Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain

perkara yang menambahkan pahala puasa

>> Jangan banyak berludah
>> Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah
>> Menghindar diri daripada melihat perkara-perkara yang haram
>> Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram
>> Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut dan kotor
>> Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat
>> Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka
>> Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya
>> Jangan banyak tidur, terutamanya pada siang hari

perkara yang mengharuskan berbuka puasa

>> Kedatangan haid dan nifas
>> Sakit yang membahayakan
>> Sakit yang tiada harapan sembuh
>> Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan
>> Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah atau lebih
>> Tua yang tidak berdaya untuk berpuasa
>>Kandungan dalam perut bagi perempuan
>> Menyusukan anak kecil

semoga dapat kita amalkan dan menjauhi perkara yang boleh membatalkan puasa kita..ilalliqa' wassalam~

0 komentar: